Sunday, December 31, 2006

Raya Korban 1427 - 6 ekor Kambing, sekor unta dan sekor lembu

Ust. Khairul Nizam Mat Husin, Presiden PMRAM berkhutbah (bukan baca khutbah) di atas mimbar masjid Musa sempena solat sunat Aidil Adha yang lalu.

Bergambar kenangan selepas solat sunat Aidil Adha. Hadapan Masjid Musa Haiyu 7

Aksi menarik pangkah kaki unta sampai tumbang. Tapi tak tumbang-tumbang jugak.

Menggunkan segala daya dan fikiran yang ada. Tapi unta masih gagah. Last last arab tak tahan melihat kehebatan unta lantas ambil kesempatan membantu "menumbangkan berupah".

Terkorban juga kau HAIRI di tanagn Ust Hafiz Mansor. Lenguh tangan dia pegang pisau pak arab tu. Nasib baik putus jugak urat-urat dia. Ada 3 urat utama yang perlu putus tau!! Urat sebesar diameter salur getah mesen basuh.

ini pula aksi tumbangkan lembu. Arab buat bertiga jer. Kami melayu sampai 10 orang.

Lapah kulit unta. Dah 2 tahun tak sembelih unta di Rumah Johor.

Datang jugak walau imtihan sudah bermula. Ini baru pengorbanan di hari raya korban. Moga kalian najah dengan

Ust Firdaus memberanikan diri menyembelih setelah di bakar samapi hangus oleh ust Qistas.


Lihatlah wajah mereka besungguh lapah lembu. Semanagt kerjasama macam ni penting. Balik kampung masuk dalam masyarakat sok camnilah jugak yang kene buat.


Tukang masak kita. Ada pengganti jugak wak Reng yang dah balik tu. Ramai penganti cuma mungkin malu untukke hadapan agaknya. Sory Sakini, gambar kau tak de lah..


Kawan kita yang berbesar hati mengorbankan unta. Lembu tu pulak Dato Shahidan Kasim yang bagi. Negeri lain tak mahu Johor la yang dapat last2 nyer.


Kerja kerja melapah. Bagai ada pertandingan gamaknya. Sapa cepat siap. hati-hati jangan sampai lapah tangan sendiri.


Haa, buat tau..hehehe..first time tu sembelih kambing. Mabruklah Pais. Lepas ni test ayam pulak ok.


Budak ni pun wat wat tau jugak. Ayam tak lepas lagi nak test leher kambing. Tapi ok latu. Steady je muka dia. Buat tak besalah..hehee. TQ ustaz Apis bagi tau mana urat yang perlu dipotong.

No comments: